Options:

New Year At Genting.

DSC01235

sepanjang tahun aku keje sampai la masa aku nak rehatkan minda aku, sempena awal tahun hari tu aku habiskan cuti aku kat genting bersama-sama kawan aku.

3 hari 2 malam aku kat sana memang best sangat, mengingatkan kembali kenangan manis aku semasa aku kerja di sini dulu,memang best dan kenangan itu x akan dilupakan buat selama2nya.

DSC01220

kadangkala kenangan silam ini la yang banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenarnya, kenal apa itu erti persahabatan dan sebagainya, sepanjang aku tinggal di genting aku rasa amat tenang, hilang semua segala masalah yang aku hadapi, pemikiran aku jadi kosong, memang tenang sangat, rasa kaki x nak balik, nak jer terus tinggal kat sini..

rindu aku nak jumpa ngn kawan2 lama aku terubat,akhirnya aku dapat jumpa ngn mereka, walaupun x semua, separuh pun kira da ok da, banyak dah perubahan yang berlaku kat genting sejak aku tinggal bukit genting dulu.

DSC01243

Dengan tahun baru ini, aku ingin mulakan dengan kehidupan baru,hidup lebih sempurna dari tahun2 sebelumnya, aku ingin mencapai segala hajat aku selama ini, mudah2han tahun dpt merealisasikan impian aku….

DSC01246

Akhir sekali aku nak ucap kan ribuan terima kasih kepada Shah kerana sudi ikut serta percutian aku kali ini, terima kasih lg sekali diatas pertolongn ko….aku happy dapat bercuti ngn ko..

Insyallah jika ada rezeki dan dipanjangkan umur kita akan pergi bercuti lagi sekali….

Dan juga terima kasih kasih kepada kawan2 aku yang lain kerana melayan aku ngn baik semasa aku kat genting, walupun aku lama x jumpa korang tapi perangai korang tetap sama, aku happy dapat kawan macam korang semua…aku doakan agar korang semua bahagia dengan kehidupan masing2….

Jumpa lagi di episod akan datang..hehe…ikhlas dari adiey…

0 Comments so far »